cikgu hampeh + bengong...mentang-mentang dorunk budak kecik
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada Murid-murid : Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.. Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh,mari ke depan. Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid : nampak. Amin : cikgu ada Murid-murid : ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid : tak nampak. Amin : cikgu ada otak tak? Murid-murid : tak ada. Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka |
0 comments:
Post a Comment