Sunday, February 28, 2010

kumpulan Munsyid R-if

sedikit tentang kumpulan munsyid r-if...aku minat sejak die tubuhkan...time 2 aku bru masuk poli shah alam...dorunk ni lak senior kat poli shah alam...

**********************************************

Sejarah

Pada tahun 2004, bersempena Hari Kualiti Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), satu pertandingan nasyid diadakan di antara jabatan-jabatan pengajian yang ada di PSA. Antara jabatan yang menyertainya ialah Jabatan Elektrik dan Jabatan Perdagangan. Voice of Commerce's Souls (VoCS) telah menjadi johan pertandingan tersebut. Ketika itu VoCS dianggotai oleh Abg-Long dan Adham serta beberapa orang lagi pelajar. Manakala Azwar dan Ridzuan pula mewakili Jabatan Elektrik telah mendapat tempat kedua. Bermula dari situ, mereka semakin akrab dan pernah mengadakan persembahan bersama-sama.

************************************************

*************************************************
dan pada Januari 2005, R-iF


 diwujudkan. Hasil usaha dan kerja keras Ustaz Khairul Napisham Bin Abd Razak iaitu Penasihat Kelab Nasyid di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). R-iF menggabungkan beberapa orang pelajar dari pelbagai jabatan yang ada di PSA. R-iF mempunyai banyak generasi dan untuk album pertama ini ianya menghimpunkan generasi pertama R-iF. Nama R-iF merupakan singkatan kepada "Remember Islam @ Iman Forever". Bagi sesetengah pihak ianya juga bermaksud ARIF yang membawa maksud bijaksana. Ketika ini R-iF selesa bergerak secara bertiga, ianya menjadikan R-iF unik kerana merupakan satu-satunya kumpulan nasyid TRIO yang ada di dalam industri nasyid.

dibawah ade video lagu terbaru beliau Sepi Cinta merupakan single R-iF di mana Hafiz Hamidun merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan lagu ini. Album R-iF yang berjudul Percayalah bakal dilancarkan pada bulan April yang akan memuatkan 10 buah lagu.5 buah lagu merupakan hasil ciptaan dari kalangan artis nasyid tanah air iaitu Amar, Fadzli (Fareast), Halim (Devootees), Suhaimi (ex-inteam) dan Hafiz Hamidun. Manakala 5 buah lagu lagi merupakan lagu yang telah disumbangkan oleh Abg-Long (Manager R-iF) dan ustaz Khairul Napisham(Penasihat R-iF) Mudah-mudahan dengan usaha R-iF ini dapat menceriakan lagi industri nasyid tanah air dan mendidik jiwa R-iF dan kepada kalian yang mendengar, insyaAllah:-)

0 comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed