Thursday, February 25, 2010

Cara-Cara Melakukan Solat Istikarah dengan Tertib dan Betul

Entry ini di buat di atas pertanyaan seorang sahabat KK…hope,bile die bace,paham la sikit2 nk terang kat 
die depan2…die jauh hihihi..
Bismillah…
lafaz niat:
usolli sunnatal istikhaarati rak'ataini Lillahi Ta'ala. 
(sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala)


rakaat pertama baca al-fatihah dan baca surah al-kafirun. 


rakaat kedua baca al-fatihah dan baca surah al-ikhlas.
(note: surah lain pon bole jugak, baca la mana-mana surah yg rase paling sesuai,
 terpulang pada diri sendiri)
lepas salam baca al-fatihah.
akhir sekali baca doa istikharah seperti berikut:









maksudnya:
"Ya Allah, aku memohon agar memilihkan mana yang baik menurut 

Engkau ya Allah. Dan aku memohon memberikan kepastian dengan 
ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang besar 
Agong. Kerana sesungguhnya Engkau yang berkuasa, sedang aku tidak 
tahu dan Engkaulah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih 
tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik
 bagi aku, maka berikanlah perkara ini kepada aku dan mudahkanlah ia 
bagi aku, kemudian berikanlah keberkatan bagi aku di dalamnya. Ya 
Allah, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik 
bagi aku, bagi agama aku dan kehidupan aku, dan tidak baik akibatnya 
bagi aku, jauhkanlah aku daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja
aku berada, jadikanlah aku orang yang rela atas anugerahMu"

**************************
lepas doa diatas selesailah solat sunat istikharah kamu. afdalnya
solat jenis ini dilakukan lepas selesainya solat isyak. sebabnya bila
dah solat istikharah bole la terus tidur k. mana la tahu Allah nak
beri petunjuk pada keraguan kita dalam bentuk mimpi.

Tapi sekiranya tak dapat dalam mimpi dalam kejadian harian pon
bole di anggapkan sebagai petunjuk dari Allah. 
"p/s digalakkan tido dalam berwuduk"



contohnya, berlaku sesuatu perkara pada kita yang tidak sekali kita
fikirkan akan terjadi tapi kejadian tersebut adalah jawapan pada

solat istikharah tadi. lain contoh ialah mengenai suka pada sesuatu
atau seseorang. perasaan suka jadi tak suka, perasaan tak suka jadi
suka. kalau rezeki baik dapat jawapan dalam mimpi tapi kadang-
kadang tak bole pakai jugak sebab takut mainan iblis semata-mata.


jadi kena pandailah mentafsir mimpi yang betul atau salah.



dalam bab jodoh misalnya, ustaz KK pernah berkata dulu,tp
xingat sgt sbb suke tido dlm kelas dulu hihihi, die cakap kalau kita
mendapat mimpi yang betul jodoh yang kita nampak dalam mimpi
itu memakai pakaian yang elok berjumpa dengan kita bukan
datang berbogel atau berpakaian tak elok. kalau nampak si dia dari

hujung kepala ke hujung kaki berpakaian sembahyang (bagi
perempuan) bertemu dgn kita atau berpakaian sopan bagi lelaki,
maka mimpi seperti itulah yang sebenar-benarnya datang dari
Allah swt sebagai petunjuk yang bermaksud itulah jodoh yang

diperkenankan Allah swt.



jadi petunjuk Allah swt bagi solat istikharah bukan hanya dalam
bentuk mimpi, petunjuk lain pon ada juga harus kita
pertimbangkan seperti contoh di atas. yang paling penting kita
lakukanlah solat ini dengan penuh ikhlas untuk mendapat
kebenaran yang diberkati Allah swt. kita haruslah banyak bersabar
dalam proses menanti jawapan yang benar. kita jangan mudah
putus asa. kadang-kadang jawapan akan diberi mungkin pada
keesokannya atau mungkin dalam beberapa tahun kemudian. itulah
keistimewaan solat ini sebab ia mengajar kita erti bersabar dan
membentuk hati yang redha apabila sudah mendapat jawapan pada
persoalan yang ditanya.

"JELAS???BELOM??KLIK LINK DIBAWAH"
***********************************************

Di bawah ade sedikit audio mengenai solat istikharah ni..




MELALUI PERBINCANGAN


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua




Wallah hu ‘alam



Kredit kepada darussyi'fa


2 comments:

Mohd Sabrie said...

nice sharing :) terima kasih. sy copy doa di sini.

Roomstay said...

tq brother...bagus punya info senang faham...

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed